kasihmu yg telah dicurahkan ikhlas,
cintamu beri cukup indah,
ada silap perbaiki,
jaga perasaan pasanganmu,
telah ditemukan oleh Yang Esa kepadamu,
insan ikhlas mencintaimu,
insan itu tidaklah secantik artis di luar sana,
tapi dia sudah lebih dari cukup,
indah dan sejuk hatimu memandangnya,
kerana dia ikhlas mencintaimu sedalam hatinya,
dia luangkan masa menerima cintamu,
dia sudi bersama kamu,
dia inginkan perhatian dan keikhlasan kamu,
berterus teranglah,
jujurlah pada dia,
dia sudi terima kamu sebagai ketua hidupnya,
dia sudi iktiraf kamu kabilah,
dia bangga kamu jadi lelaki bertanggungjawab,
jadi lebihkanlah tanggungjawabmu terhadapnya,
juga lebihkan lagi tanggungjawabmu dalam suruhan agama,
dia tak mengharapkan paras rupa kamu,
cuma dia mahukan ikhlasnya cintamu dalam mencintainya,
cuma dia mahukan kuatnya tanggungjawabmu terhadapnya,
cuma dia mahukan kamu jadi lebih baik daripada sebelum ini,
cuma dia mahukan kamu dapat memimpinnya setelah ayah dan ibunya,
cuma dia mahukan kamu dapat buktikan kamu layak untuk dirinya,
dan dia akan terus mengharap cintamu terhadapnya tidak pudar.
jadi ikhwan, teruskanlah mencintai dia,
sebagaimana dia mencintai kamu.
sayangilah pasanganmu.
lengkapilah dirimu,
bersama dia.
dengan lebih bertanggungjawab.
dan sikap yang baik.