ATTENTION please!!!

please LEAVE your blog's link for me walk in and follow you back at the SHOUTBOX ok.. tq a lot..
*at every post have a FACEBOOK COMMENT AVAILABLE. do leave comment there if you were not connected with blog account. its more easy.*

Demi XFM radio No.1 anda.

Demi XFM radio No.1 anda.

this blog owner by malaysian people.

this blog owner by malaysian people.
Showing posts with label warna. Show all posts
Showing posts with label warna. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Bebaskah Seruanku?

anak anak kita menjerit erti bebasnya kita,
dari peluru hidup yang selalu mengejar manusia,
terdiri daripada nenek moyang kita,
yang hidupnya rumpun menaikkan bijih,
menyemaikan benih-benih padi,
menanam pucuk layu serai,
untuk menyuapkan mereka yang membunuh,
darah daging, tulang temulang,
keturunan aku tanpa belas,

daripada mereka yang berkulit putih,
hinggalah kepada mata yang sepet,
bekerja kepada asal mereka,
membunuh, merompak, menghambakan kita,
kepada dunia menunjukkan kekuatan mereka,
dengan merobek keturunanku atas nama kerja,
sedangkan mereka membina lubang neraka,
kepada para saudaraku untuk merana,

bangsa tanahku merasa akan keperitan yang tak terduga,
melayuku, cinaku, indiaku, siamku, bumiputraku,
semua merasa akan sakitnya jajah,
semua terbit rasa perit yang tak terfikir,
semua terhamba di bumi sendiri kerana senjata,
semuanya terduduk sakit mengurut sendi yang kejang,
terpekik anak perempuan meminta tolong,
kehormatan diambil oleh mereka,
saudara hanya mengalirkan air mata,
tiada senjata yang mampu diguna,
untuk menebus dosa yang mereka laku,
ada yang halimunan dibawah serkap ayam laga,
sehinggakan taji jantan itu kesejukan menanti rehatnya kembali,
yang telah diambil alih dari si dara yang ketakutan.

telah 5 dekad jurang yang kita tempuhi,
anak-anakku terpekik dan menjerit,
bersorak dan mengibar,
bersuka ria dan menggila,
menantikan dengungnya mari bunyi gitar,
disusulkan bersama suara sumbang,
melaungkan kata yang dirasa bermakna,
cerah,
walau kita tahu mereka tidak mengetahui.
detik perit, jerih, sakit setelah 3 abad.
diharapakn pulangannya setimpal,
sedarah gumpalan pahlawan,
sepotong ayat ingatan,
sedetik sedekah,


tapi,
anak-anakku kini berbeza,
belasan mereka bermesra,
belasan mereka merompak,
belasan mereka, menghina.
anak-anakku terus leka,
bersama peneman sementara,
berparang perangkan harta orang,
berparang perangkan hak lain,
merampas dari kekuatan,
menghunus kepada yang hitam,
anak-anakku sedikit yang hunuskan matanya,
menyerkap ilmu di depan mata.
meraut, setiap kata,
anak-anakku positf hanya minoriti.

aku masih terdengar,
anak-anak aku,
menjerit!
laungan kebanggaan yang kita sohor dari melaka,
hinggakan ke pahang!
sampai ke stadium.
Tunku Abdul Rahman banggakan tanah kita,
anak kita mencampak arang.

sehingga sekarang,
tersoalku sendiri,
apa yang anakku pandang
akan itu kemerdekaan!

-wanchords.

55 tahun kita merdeka, tertanyakah kita dimana dan siapa empunya darah yang jatuh tersemat dalam lagu kebangsaan?


comments

Saturday, August 11, 2012

Tapi bukan Aku!!

dalam mencari kebahagiaan hidup memang banyak dugaan. bukan dugaan biasa.! malah luar biasa. pengorbanan. mesti selalu ada. jiwa kesakitan melabur keperitan, kebiasaan. pedoman iktibar diambil. tak hingga ke separuh!.

jiwa kita selalu kosong dalam mengenal apa itu erti cinta. tak semua mengenal dimana ia berada. bagaimana untuk menatangnya. bagaimana untuk elakkan calarnya. pelbagai persoalan kerap menerjah ke minda akal fikiran.

terbukti cinta bukan permainan biasa. keperluan akal minda menatang kejiwaan yang penuh kepelbagaian potensi dan kebarangkalian. fikir! dimana letaknya harga diri dan cinta sejati.!

ternaikkah sinar luahan seikhlas hati? dalam mengejar cinta sejati. cinta bukan sahaja label sebagai penaik naluri semula jadi yang normal arahnya!. pengorbanan yang sering diperkatakan. adakah sebagai ilusi mata mengenal apa itu cinta yang terluah dari akal fikiran untuk mengejar pemuas? tidak bukan sama sekali.

walau pengorbanan besar cinta sejati akan akhir dengan ikatan sah lafaz ketulusan disaksikan oleh saksi yang sah syaratnya. bakal disalam erat tangan yang digenggam dengan melafaz kata tersirat untuk menanggung setiap dosa yang bakal dilakukan oleh si bakal peneman!.

wakil selaku wali yang mengenggam setabur kata untuk melepaskan ikatan saudaraan yang telah lama terjalin sejak menraungnya terlepas tali ikatan perut sehingga parunya mula berfungsi.! tangisi kuat yang ada menerjah bilik dikatakan normal. tetapi tangisan itu terlepas dari tali ikatan perut yang sains membuktikan salur makanan tenaga kepada kandungan! akan tetapi fikiran yang sebenar, itu ikatan yang membebaskan kita dari cintaan Illahi.

ketenangan biasa akan ada! menerjah dalam sanubari cinta.! walau seperit mana, manusia biasa tak akan dapat menahan sehingga berlaku putus ikatan percintaan!. calar balar yang diterima bukan kepalang. manusia biasa menahan dengan seribu kekuatan! ramai yang tewas. ada yang lepas!. jiwa kental. hati kering. fikiran kebal, segumpal tawakal. kekal bersama walau badai tinggi memberi seribu persoalan bagaimana?

percintaan akan akhiri dengan perkahwinan. perkahwinan itu mudah! hanya memerlukan persetujuan.! dan fikiran waras yang menerima!. jika si penerima menerima dengan tangan terbuka dan telah bersedia, pasti berlangsung hari istimewa dan bersejarah dalam kehidupan mereka tersendiri.

aku?

mengapa? terdiam? terkaku? terkaget? TIDAK! bukan aku tidak pernah terfikirkan perkahwinan itu. manusia biasa selalu akan terfikir. bila? siapa? di mana? bakal akan ku temui bakal aku. jangan terlepas aku dengan yang baik hati budinya. tak teringin aku yang biasa melewar malam, malas, degil pasangannyaku itu.

perkahwinan kerana percintaan! YA. pernah ku luahkan! orang tua? YA telah mempersetujui. bakal? YA telah ada. dan TETAPI. malangnya bagiku, masa diberikan untuk berfikir!

DIA TAK MEMPERSETUJUI NIATKU.

apa dayaku. orang bukan boleh dipaksa. kita boleh menarik kuda ke sungai, tapi kita tak boleh arahkan kuda untuk meminum air jika ianya tidak mahu!.

sorongkan pemandanganku jauh kehadapan. bakal meminta tempoh bertahun. manusia jiwanya berubah, manusia hidupnya roda. manusia jalannya berliku, bersimpang!

walau apa jua elakkan yang tertabur, ku hempaskan rasa menyesal. ku tak mengalah, malang, rodaku kecil. terngalah aku dengan faktor yang manusia tidak kental merasa!. aku tertewas dengan permainan jiwa kental tabah nurani. bukan biasa aku merasa. cuma aku tak termampu mengawal lagi. kaca yang terhiris akan berkesan, inikan kulit yang selalu meninggalkan parut.

dalam menerjah kepahitan kehidupan kemuliaannya. aku terus bergerak. dan ia bukan aku yang menolak. aku menrima isyarat itu. sauh hati tercicir. aku terus dilambung tinggi.!

tapi aku tetap aku!

penyiksaan itu bukan aku.

penyiksaan yang melanda badai pantai yang selalu dihempas air tiada henti, dari sebelum kita bernafas sehingga gelapnya dunia ini, tiada henti, penyiksaan itu bukan aku.

Tapi Bukan Aku.


comments

Thursday, August 9, 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (Bahasa Malaysia)

teruntun jiwa aku mengenangkan mereka berdua,
walau iklan yang menerjah masuk ke kaca tv
aku tak terkira kesan terjahitnya luka yang mendalam,
walau tersenyum si buta,
walau secekal si gagap,
hati mereka tabah segempal darah pahlawan.

aku teruntun jiwa, terkenang pengorbanan,
walau di hari raya,
hari bahagia bagi ramai yang normal.
hari bersejarah setiap tahun, bagi yang menerima.

seikhlas hati menabur budi, 
ikhlas jiwa mengenal diri,
tiada yang memandang si buta dan si gagap,
dengan celik mata.

KITA!

yang masih buta!!


comments

Wednesday, July 11, 2012

PIXLR power

aku bosan.. seriously. aku bosan.

tak tahu nak buat apa. asyik menghadap laptop. tunggu new feed from friends. than nothing else. so masuk la  pergi berniaga burger bersama rakan - rakan seperjuangan.


dan bila balik rumah, sama je. asyik buka laptop dan menghadap laptop yang dibuka hanyalah twitter. twitter. twitter. twitter. dan twitter. esoknya pun sama. twitter. twitter. twitter. dan twitter.  lagi. lusa, sama saja. twitter. twitter. twitter.  dan twitter. 


akhirnya aku sempat tengok application kat iphone kawan aku, ada instagram. al maklum la aku tak ada iphone, and aku pun main la application tersebut lalu teringin nak satu. alangkah sedihnya, aku tiada iphone cuma ada laptop. 


tetapi,


aku terus mencari dan jumpa satu aplikasi serupa tetapi berlainan nama. iaitu PIXLR (photo editing services) and aku terus download masuk ke komputer aku. dan juga browser chrome aku yang aku guna. 


akhirnya hasil daripada pixlr aku dapat menghasilkan output sebegini. :


click for large image

gambar yang nampak senja ni aku masuk kat application pixlr yang paling simple. iaitu application 'retro vintage effect'. nampak bagai ada aura dan di tatkala senja. jika nak ke application ini, sila klik link ini :

yang kedua :

click for large the image

&

click for large the image

gambar sebegini serupa seperti masuk ke dalam instagram. tetapi, ianya bukan. ia tetap pixlr. cuma ianya lebih dalam lagi dan banyak pilihan editing di aplikasi yang juga disediakan oleh pixlr. dan tapak untuk lakukan online ada pada link ini :

yang terakhir dapat di kongsi :

click for large the image
yang sama seperti yang kedua. aplikasi sama. cuma banyak yang diisi dalam gambar ini. banyak effect yang dimasukkan dan aku saja buat macam album lagu. hehehe. sukakan music dan ini jadinya kemaruk. sama je link macam atas.

bagi mereka yang nak terus direct ke web pixlr klik la pada link ini. 


mekasih!!
comments

Sunday, January 15, 2012

Sometimes I don't get it.

WOMEN..

dalam hidup diorang.. adakah mereka ingin dicintai atau mencintai?
yer. sekarang aku sedang dilamun cinta. cinta terakhir.
tp, persoalan yg ingin aku kemukan, adakah aku memberi cinta, atau aku menerima cinta?
sometimes people thought it was the same.  no and it wasn't.
perhaps. sekarang masa utk aku menjadi matang dalam berfikir dan memikul amanah cinta sehingga akhir hayat.
kerana itu adalah tuntutan.

adios.

comments

Sunday, August 21, 2011

tema aku ni CELUP mari?

Entri kali ni cuma nak kongsikan perasaan aku..

ada komen dari seseorang mengatakan aku celup ideologis dari kumpulan gusti terkenal.. 
iaitu D generation X.

aku xngt sgt team tu.. just aku taw geng tu daripada TRIPLE H & SHAWN MICHEAL jer.. huhu


DX.


xper la.. ni just xdisengajakan la... minta maaf kerana pertembungan tema ini.. non-copyright.

comments

Thursday, August 18, 2011

IT IS MY THEME!!


MY THEME NO DOUBT

comments

still miss the black and red


kegilaan ak dlu bermula dgn warna merah hitam.. mungkin skg pon masih kuat lagi membara.. akan tetapi hijau hitam menguasai aku juga la skarang
comments