ATTENTION please!!!

please LEAVE your blog's link for me walk in and follow you back at the SHOUTBOX ok.. tq a lot..
*at every post have a FACEBOOK COMMENT AVAILABLE. do leave comment there if you were not connected with blog account. its more easy.*

Demi XFM radio No.1 anda.

Demi XFM radio No.1 anda.

this blog owner by malaysian people.

this blog owner by malaysian people.

Friday, August 31, 2012

Sabah negeri di bawah bayu!

setiap kali aku dengar cerita sabah, apa yang selalu akan diutarakan oleh orang kita?

65% akan mengatakan dari pemerhatian permainan politik
35% akan memuji keindahan sabah.

aku sebagai seorang rakyat malaysia yang telah 20 tahun lebih hidup di tanah kebanggaan kita tak pernah nampak apa kekurangan orang sabah. CUMA, apa yang aku nampak adalah, kelalaian kerajaan aku untuk memajukan negeri sabah.

negeri sabah adalah tempat yang paling dramatik dan indah juga tempat yang diiktiraf sebagai negeri pelangcongan paling utama dalam malaysia selepas serawak.

keindahan pulau yang sabah ada amat menakjubkan, juga dengan gunung yang tertinggi pernah ada dalam asia tenggara. gunung kinabalu.

sabah juga punyai rakyat yang paling banyak bilangan suku kaum di malaysia. juga sarawak. jadi adat istiadat sabah dan sarawak adalah penuh dengan warna warni dan pelbagai perayaan suku kaum dapat dijalankan dan lebih merapatkan silaturrahim antara kaum juga rakyatnya.

sabah, adalah negeri yang perlu diberi perhatian, bukan untuk dihina.

rakyat sabah ramai yang menakjubkan. ramai telah aku jumpa sehingga dijadikan majoriti dalam satu kampus rakyat sabah dalam menerajui ilmu masa hadapan. mereka juga maju seperti kita.

jadi,

kepada mereka yang asyik nak hina sabah itu, ini, please. kaji dahlu sblum buka mulut yang berbau itu.

sabah cuma diabaikan oleh kerajaan kita. itu mengapa mereka ditindas sehingga jauh daripada kemajuan yang sepatutnya. rakyat sabah cuma akan merasa senang sedikit apabila PRU sampai.

janji ditepati?

lihatlah apa yang telah kau buat disabah wahai umno!

lihat!

jangan butakan mata. jika anda terus begini, lebih baik TUKAR!
comments

Wednesday, August 15, 2012

Bebaskah Seruanku?

anak anak kita menjerit erti bebasnya kita,
dari peluru hidup yang selalu mengejar manusia,
terdiri daripada nenek moyang kita,
yang hidupnya rumpun menaikkan bijih,
menyemaikan benih-benih padi,
menanam pucuk layu serai,
untuk menyuapkan mereka yang membunuh,
darah daging, tulang temulang,
keturunan aku tanpa belas,

daripada mereka yang berkulit putih,
hinggalah kepada mata yang sepet,
bekerja kepada asal mereka,
membunuh, merompak, menghambakan kita,
kepada dunia menunjukkan kekuatan mereka,
dengan merobek keturunanku atas nama kerja,
sedangkan mereka membina lubang neraka,
kepada para saudaraku untuk merana,

bangsa tanahku merasa akan keperitan yang tak terduga,
melayuku, cinaku, indiaku, siamku, bumiputraku,
semua merasa akan sakitnya jajah,
semua terbit rasa perit yang tak terfikir,
semua terhamba di bumi sendiri kerana senjata,
semuanya terduduk sakit mengurut sendi yang kejang,
terpekik anak perempuan meminta tolong,
kehormatan diambil oleh mereka,
saudara hanya mengalirkan air mata,
tiada senjata yang mampu diguna,
untuk menebus dosa yang mereka laku,
ada yang halimunan dibawah serkap ayam laga,
sehinggakan taji jantan itu kesejukan menanti rehatnya kembali,
yang telah diambil alih dari si dara yang ketakutan.

telah 5 dekad jurang yang kita tempuhi,
anak-anakku terpekik dan menjerit,
bersorak dan mengibar,
bersuka ria dan menggila,
menantikan dengungnya mari bunyi gitar,
disusulkan bersama suara sumbang,
melaungkan kata yang dirasa bermakna,
cerah,
walau kita tahu mereka tidak mengetahui.
detik perit, jerih, sakit setelah 3 abad.
diharapakn pulangannya setimpal,
sedarah gumpalan pahlawan,
sepotong ayat ingatan,
sedetik sedekah,


tapi,
anak-anakku kini berbeza,
belasan mereka bermesra,
belasan mereka merompak,
belasan mereka, menghina.
anak-anakku terus leka,
bersama peneman sementara,
berparang perangkan harta orang,
berparang perangkan hak lain,
merampas dari kekuatan,
menghunus kepada yang hitam,
anak-anakku sedikit yang hunuskan matanya,
menyerkap ilmu di depan mata.
meraut, setiap kata,
anak-anakku positf hanya minoriti.

aku masih terdengar,
anak-anak aku,
menjerit!
laungan kebanggaan yang kita sohor dari melaka,
hinggakan ke pahang!
sampai ke stadium.
Tunku Abdul Rahman banggakan tanah kita,
anak kita mencampak arang.

sehingga sekarang,
tersoalku sendiri,
apa yang anakku pandang
akan itu kemerdekaan!

-wanchords.

55 tahun kita merdeka, tertanyakah kita dimana dan siapa empunya darah yang jatuh tersemat dalam lagu kebangsaan?


comments

terputarkah kehidupan kau dilautan penuh warna duka?

setiap hari, jika difikirkan dan termenung jauh terpana akan warnanya hijau biru bercampur putih bulatnya bumi. terlihat tenang jauh kita fikirkan kedamaian bumi yang kita diami.

istimewa, kesejukan, kepanasan, adat, bangsa, tanah, air, udara, angin, cahaya, kegelapan, semua bercampur baur di deria rasa kita yang masing-masing terasa.

pernahkah kau terfikir, tergeraknya masa mengikut arus warna samar yang wujud di fajar terbit dan ufuk mati cahaya oren? antara siang dan malam, juga malam dan siang?

terdengar jauh sayu, anjing menyalak malam memanggil bulan, burung berkicau pagi memangkit berselimut embun hilang tatkala matahari berkuasa.

terdetikkah kita akal yang terfikir, mana letakknya kaki, di orbit yang pastinya bergerak tak berhenti, di paksi yang berputar tak berehat. setiap hari kordinasi kita terubah sendiri.

kedudukan fizikal arah nyata tak keruan walau tidur tak terjaga, rujuk matahari bersama kehidupan kita terus berbeza. walau ada cuma kamu yang teguh berdiri bersama istana menantikan roboh!.

korupsi,

masa bergerak tak berhenti, jalan menanti untuk meniti, nafas tertarik untuk berbakti, kehidupan terjalin kesetiaan terbukti. masihkah kita bersama pendirian yang utuh selama ini atau cuma suatu azam yang sawang lapuk masih menemani.?

tak terusung kata sendiri jika mati tak bertali. tak terungkap falsafah sendiri jika menanti tanpa fikiran hati.

masa itu terus bergerak bersama pedang maut di sana. menanti mangsa, berikutan memajukan diri mereka, pasti binasa, yang leka.

-wanchords 

jangan dinanti yang tak pasti, yang digenggam akan terus mati.   
comments

Saturday, August 11, 2012

Tapi bukan Aku!!

dalam mencari kebahagiaan hidup memang banyak dugaan. bukan dugaan biasa.! malah luar biasa. pengorbanan. mesti selalu ada. jiwa kesakitan melabur keperitan, kebiasaan. pedoman iktibar diambil. tak hingga ke separuh!.

jiwa kita selalu kosong dalam mengenal apa itu erti cinta. tak semua mengenal dimana ia berada. bagaimana untuk menatangnya. bagaimana untuk elakkan calarnya. pelbagai persoalan kerap menerjah ke minda akal fikiran.

terbukti cinta bukan permainan biasa. keperluan akal minda menatang kejiwaan yang penuh kepelbagaian potensi dan kebarangkalian. fikir! dimana letaknya harga diri dan cinta sejati.!

ternaikkah sinar luahan seikhlas hati? dalam mengejar cinta sejati. cinta bukan sahaja label sebagai penaik naluri semula jadi yang normal arahnya!. pengorbanan yang sering diperkatakan. adakah sebagai ilusi mata mengenal apa itu cinta yang terluah dari akal fikiran untuk mengejar pemuas? tidak bukan sama sekali.

walau pengorbanan besar cinta sejati akan akhir dengan ikatan sah lafaz ketulusan disaksikan oleh saksi yang sah syaratnya. bakal disalam erat tangan yang digenggam dengan melafaz kata tersirat untuk menanggung setiap dosa yang bakal dilakukan oleh si bakal peneman!.

wakil selaku wali yang mengenggam setabur kata untuk melepaskan ikatan saudaraan yang telah lama terjalin sejak menraungnya terlepas tali ikatan perut sehingga parunya mula berfungsi.! tangisi kuat yang ada menerjah bilik dikatakan normal. tetapi tangisan itu terlepas dari tali ikatan perut yang sains membuktikan salur makanan tenaga kepada kandungan! akan tetapi fikiran yang sebenar, itu ikatan yang membebaskan kita dari cintaan Illahi.

ketenangan biasa akan ada! menerjah dalam sanubari cinta.! walau seperit mana, manusia biasa tak akan dapat menahan sehingga berlaku putus ikatan percintaan!. calar balar yang diterima bukan kepalang. manusia biasa menahan dengan seribu kekuatan! ramai yang tewas. ada yang lepas!. jiwa kental. hati kering. fikiran kebal, segumpal tawakal. kekal bersama walau badai tinggi memberi seribu persoalan bagaimana?

percintaan akan akhiri dengan perkahwinan. perkahwinan itu mudah! hanya memerlukan persetujuan.! dan fikiran waras yang menerima!. jika si penerima menerima dengan tangan terbuka dan telah bersedia, pasti berlangsung hari istimewa dan bersejarah dalam kehidupan mereka tersendiri.

aku?

mengapa? terdiam? terkaku? terkaget? TIDAK! bukan aku tidak pernah terfikirkan perkahwinan itu. manusia biasa selalu akan terfikir. bila? siapa? di mana? bakal akan ku temui bakal aku. jangan terlepas aku dengan yang baik hati budinya. tak teringin aku yang biasa melewar malam, malas, degil pasangannyaku itu.

perkahwinan kerana percintaan! YA. pernah ku luahkan! orang tua? YA telah mempersetujui. bakal? YA telah ada. dan TETAPI. malangnya bagiku, masa diberikan untuk berfikir!

DIA TAK MEMPERSETUJUI NIATKU.

apa dayaku. orang bukan boleh dipaksa. kita boleh menarik kuda ke sungai, tapi kita tak boleh arahkan kuda untuk meminum air jika ianya tidak mahu!.

sorongkan pemandanganku jauh kehadapan. bakal meminta tempoh bertahun. manusia jiwanya berubah, manusia hidupnya roda. manusia jalannya berliku, bersimpang!

walau apa jua elakkan yang tertabur, ku hempaskan rasa menyesal. ku tak mengalah, malang, rodaku kecil. terngalah aku dengan faktor yang manusia tidak kental merasa!. aku tertewas dengan permainan jiwa kental tabah nurani. bukan biasa aku merasa. cuma aku tak termampu mengawal lagi. kaca yang terhiris akan berkesan, inikan kulit yang selalu meninggalkan parut.

dalam menerjah kepahitan kehidupan kemuliaannya. aku terus bergerak. dan ia bukan aku yang menolak. aku menrima isyarat itu. sauh hati tercicir. aku terus dilambung tinggi.!

tapi aku tetap aku!

penyiksaan itu bukan aku.

penyiksaan yang melanda badai pantai yang selalu dihempas air tiada henti, dari sebelum kita bernafas sehingga gelapnya dunia ini, tiada henti, penyiksaan itu bukan aku.

Tapi Bukan Aku.


comments

Thursday, August 9, 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (Bahasa Malaysia)

teruntun jiwa aku mengenangkan mereka berdua,
walau iklan yang menerjah masuk ke kaca tv
aku tak terkira kesan terjahitnya luka yang mendalam,
walau tersenyum si buta,
walau secekal si gagap,
hati mereka tabah segempal darah pahlawan.

aku teruntun jiwa, terkenang pengorbanan,
walau di hari raya,
hari bahagia bagi ramai yang normal.
hari bersejarah setiap tahun, bagi yang menerima.

seikhlas hati menabur budi, 
ikhlas jiwa mengenal diri,
tiada yang memandang si buta dan si gagap,
dengan celik mata.

KITA!

yang masih buta!!


comments

Aidilfitri yang kosong !

sedang aku berjalan menikmati petang yang sesak di jalanan i-city shah alam untuk mencari juadah untuk aku berbuka pada hari khamis 9 ogos 2012, aku rasa seperti biasa. tiada apa yang kosong.

sehinggalah aku berjumpa seorang pak cik tua sedang berniaga murtabak dan roti bom. aku pun terhenti untuk membeli.

Pak Cik : roti bom dan murtabak dik.
Aku : berapa satu roti bom pak cik?
P : roti bom singgit satu dik, murtabak RM2.50 satu.
A : roti bom 2 ye cik.
P : boleh...
(sedang bungkus roti bom 2)

P : balek raya tak dik tahun ni?
A : balek cik. mesty la balek. rindu kat adik beradik ngn sedara mara.
P : bagus la tu. kg kat mana?
A : kg kat pahang la pak cik.
P : kuantan ke?
A : xde la. temerloh je.
P : owh, pak cik dlu rajin g temerloh.
A : ye ke pak cik? buat apa?
P : niaga la dik. dlu pak cik niaga merata. selalu nya tanjung lumpur ngn temerloh!
A : owh, pak cik kg mana?
P: pak cik asal kuantan dik.
A : uih jauhnya sampai ke shah alam niaga.
P : pak cik da pindah sini dik. da tak nak balek kuantan.
A: ?? (pak cik ni kenapa??)
A : kenapa pak cik?
P: pak cik da xde sapa da dik. nah ni roti bom 2 . 2 inggit ye dik
(hulur 2 keping duit singgit)
P: mekasih dik.
A: sama cik. napa pak cik pindah sini?
P: pak cik da xde siapa2 dik dalam dunia ni. pak cik sorang je.
A: maksud pak cik?
P: pak cik sorang je yang tiggal atas dunia ni. da xde adik beradik, anak, isteri semua da xde.
A: diorang da xde?
P: ye, adik beradik pak cik cuma ada 2. sorang akak pak cik n last pak cik. akak pak cik meninggal masa raya 2 tahun lepas. kemalangan.
A: innalillah.
P: isteri pak cik n anak-anak pak cik pun sama.
A: meninggal.... ke.. ke. malangan?
P: ye dik. masa raya tahun lepas.
A: kat mana tu pak cik?
P: kat pahang la. masa tu pak cik dari kuantan nak ke temerloh. nak ke rumah arwah mak pak cik. nak raya kat sana. tp pak cik kemalangan kat jalan bukit tajau.
A: pak cik langgar apa masa tu?
P: pak cik elak lubang. pastu pak cik dalam xsedar depan pak cik arah tentangan ada van.
A: astaghfirullah
P: pak cik pun xingat da apa yang berlaku masa tu. tp pak cik cuma tahu pak cik da terpelanting dari kereta pak cik. sbb pak cik tak pakai tali keledar.
A: macam tu ke?, kereta tu cam mana?
(pak cik tarik nafas panjang.)

P: pak cik masa tu xleh nak jalan dik. pak cik patah kaki. pak cik niarap ke kereta pak cik yang da langgar pokok kat tepi jalan. pak cik tgok isteri pak cik da tak tergerak da. anak pak cik semua senyap.
A: minta maaf pak cik.
P: semuanya da tak da.
A: maafkan saya pak cik sebab bertanya.
P: tak apa la adik. adik masih boleh bermakna dalam dunia sbb masih ada keluarga. raya pak cik kosong. raya pak cik xde makna. aidilfitri tahun ni pak cik rasa kosong. tak ada apa yang tinggal. pak cik pindah sbb pak cik da xnak ingat semua tu. pak cik cuma boleh lawat tanah yang tertinggal untuk mereka.
A: minta maaf pak cik. saya jalan dlu la ye. maafkan saya.

(aku bersalaman dan aku terus berjalan)

terdengar pak cik masih menjerit panggil pelanggan, AAAAA, ROTI BOM, MURTABAK!!

rayanya hanya dengan diri sendiri dan kubur yang telah terpacak nisan.

hargailah raya yang masih ada.!

bersama keluarga dan anak yang kita dakapkan bersama.!


comments

Wednesday, August 1, 2012

my Arsenal master piece.

this is the view from Arsenal site where the place i purchase the arsenal jersey. 

and this is some of it. 

my first purchased

the second one.

the last one.

and when it be together, this is formed out.

: Ikhwan Zakryz Waynes :



for the player kit i've been spend on it with 66 pound sterling each. and the goalkeeper kit was 118 pound sterling. so i have spent on it 250 pound sterling. 

for me it's nevermind. coz the interesting original made replica kit is not so easy to get. so i buy it online, and i still have no idea, how much will it cost me for the delivery. but it still okay. i may can afford it. 

#Arsenal forever.

want to purchase too? go to Arsenal.com



comments

Leave your footstep!!

Blogobo