ATTENTION please!!!

please LEAVE your blog's link for me walk in and follow you back at the SHOUTBOX ok.. tq a lot..
*at every post have a FACEBOOK COMMENT AVAILABLE. do leave comment there if you were not connected with blog account. its more easy.*

Demi XFM radio No.1 anda.

Demi XFM radio No.1 anda.

this blog owner by malaysian people.

this blog owner by malaysian people.

Thursday, May 17, 2012

di manakah kita?

tatkala matahari menerbit.
di manakah kita?
masih terbuai dalam igauan mimpi pagi?
masih terlangut dalam tandas menghadap cermin?
telah memakai kasut tp belum bergerak?
masih berjaga belum pulang kerja?
telah berada di tempat kerja?
telah memadamkan lampu pagi kerana matahari menaik?

tatkala matahari menerbit.
terfikir bila senja mendatang?
terkira berapa kali senja lagi akan terlihat?
terlintas bagaimana rupamu menjelang tua?
tergamam memikirkan nasib anak bangsa mu?
terkejut serkahan nafsu kehidupan semata?

tatkala matahari menerbit.
di manakah kita?
di mana anak-anak kita?
tepi parit terbunuh?
tepi longkang terbuai?
tepi jalan sungai buloh terpenjara?
tepi katil tertewas bersama syaitan?
tepi stesen bas menghembus asap?
tepi highway sedang bertarung kelajuan maut?

tatkala matahari terbit.
di manakah kita, punya?
maruah,
intergriti,
kepuasan,
nilai kehidupan,
kesucian,
kemurnian,
kepastian,
aset hidup,
anak-anak
isteri,
suami,
ibu,
ayah.

tatkala matahari terbit,
terfikirkah kita,
di mana letaknya kita di mata pencipta?
di mana letaknya darjat kita, tanpa wang dan pangkat semata?
di mana kemewahan kita?
di mana nilainya kita?
di mana simpang kehidupan sebenar kita?

tatkala matahari terbit,
terfikirkah kita,
semakin hari semakin hampir kita memikul tanggungjawab yang lebih besar?
lebih besar dari tanggungjawab yang sedang ditanggung dan dijawab.
terfikirkah kita?
tanggungjawab kubur sedang menanti bersama soalan yang akan ditanya?

tatkala matahari sedang menerbit.
di manakah kita?


comments

Leave your footstep!!

Blogobo