jiwa kita selalu kosong dalam mengenal apa itu erti cinta. tak semua mengenal dimana ia berada. bagaimana untuk menatangnya. bagaimana untuk elakkan calarnya. pelbagai persoalan kerap menerjah ke minda akal fikiran.
terbukti cinta bukan permainan biasa. keperluan akal minda menatang kejiwaan yang penuh kepelbagaian potensi dan kebarangkalian. fikir! dimana letaknya harga diri dan cinta sejati.!
ternaikkah sinar luahan seikhlas hati? dalam mengejar cinta sejati. cinta bukan sahaja label sebagai penaik naluri semula jadi yang normal arahnya!. pengorbanan yang sering diperkatakan. adakah sebagai ilusi mata mengenal apa itu cinta yang terluah dari akal fikiran untuk mengejar pemuas? tidak bukan sama sekali.
walau pengorbanan besar cinta sejati akan akhir dengan ikatan sah lafaz ketulusan disaksikan oleh saksi yang sah syaratnya. bakal disalam erat tangan yang digenggam dengan melafaz kata tersirat untuk menanggung setiap dosa yang bakal dilakukan oleh si bakal peneman!.
wakil selaku wali yang mengenggam setabur kata untuk melepaskan ikatan saudaraan yang telah lama terjalin sejak menraungnya terlepas tali ikatan perut sehingga parunya mula berfungsi.! tangisi kuat yang ada menerjah bilik dikatakan normal. tetapi tangisan itu terlepas dari tali ikatan perut yang sains membuktikan salur makanan tenaga kepada kandungan! akan tetapi fikiran yang sebenar, itu ikatan yang membebaskan kita dari cintaan Illahi.
ketenangan biasa akan ada! menerjah dalam sanubari cinta.! walau seperit mana, manusia biasa tak akan dapat menahan sehingga berlaku putus ikatan percintaan!. calar balar yang diterima bukan kepalang. manusia biasa menahan dengan seribu kekuatan! ramai yang tewas. ada yang lepas!. jiwa kental. hati kering. fikiran kebal, segumpal tawakal. kekal bersama walau badai tinggi memberi seribu persoalan bagaimana?
percintaan akan akhiri dengan perkahwinan. perkahwinan itu mudah! hanya memerlukan persetujuan.! dan fikiran waras yang menerima!. jika si penerima menerima dengan tangan terbuka dan telah bersedia, pasti berlangsung hari istimewa dan bersejarah dalam kehidupan mereka tersendiri.
aku?
mengapa? terdiam? terkaku? terkaget? TIDAK! bukan aku tidak pernah terfikirkan perkahwinan itu. manusia biasa selalu akan terfikir. bila? siapa? di mana? bakal akan ku temui bakal aku. jangan terlepas aku dengan yang baik hati budinya. tak teringin aku yang biasa melewar malam, malas, degil pasangannyaku itu.
perkahwinan kerana percintaan! YA. pernah ku luahkan! orang tua? YA telah mempersetujui. bakal? YA telah ada. dan TETAPI. malangnya bagiku, masa diberikan untuk berfikir!
DIA TAK MEMPERSETUJUI NIATKU.
apa dayaku. orang bukan boleh dipaksa. kita boleh menarik kuda ke sungai, tapi kita tak boleh arahkan kuda untuk meminum air jika ianya tidak mahu!.
sorongkan pemandanganku jauh kehadapan. bakal meminta tempoh bertahun. manusia jiwanya berubah, manusia hidupnya roda. manusia jalannya berliku, bersimpang!
walau apa jua elakkan yang tertabur, ku hempaskan rasa menyesal. ku tak mengalah, malang, rodaku kecil. terngalah aku dengan faktor yang manusia tidak kental merasa!. aku tertewas dengan permainan jiwa kental tabah nurani. bukan biasa aku merasa. cuma aku tak termampu mengawal lagi. kaca yang terhiris akan berkesan, inikan kulit yang selalu meninggalkan parut.
dalam menerjah kepahitan kehidupan kemuliaannya. aku terus bergerak. dan ia bukan aku yang menolak. aku menrima isyarat itu. sauh hati tercicir. aku terus dilambung tinggi.!
tapi aku tetap aku!
penyiksaan itu bukan aku.
penyiksaan yang melanda badai pantai yang selalu dihempas air tiada henti, dari sebelum kita bernafas sehingga gelapnya dunia ini, tiada henti, penyiksaan itu bukan aku.
Tapi Bukan Aku.