ATTENTION please!!!

please LEAVE your blog's link for me walk in and follow you back at the SHOUTBOX ok.. tq a lot..
*at every post have a FACEBOOK COMMENT AVAILABLE. do leave comment there if you were not connected with blog account. its more easy.*

Demi XFM radio No.1 anda.

Demi XFM radio No.1 anda.

this blog owner by malaysian people.

this blog owner by malaysian people.

Thursday, August 9, 2012

Aidilfitri yang kosong !

sedang aku berjalan menikmati petang yang sesak di jalanan i-city shah alam untuk mencari juadah untuk aku berbuka pada hari khamis 9 ogos 2012, aku rasa seperti biasa. tiada apa yang kosong.

sehinggalah aku berjumpa seorang pak cik tua sedang berniaga murtabak dan roti bom. aku pun terhenti untuk membeli.

Pak Cik : roti bom dan murtabak dik.
Aku : berapa satu roti bom pak cik?
P : roti bom singgit satu dik, murtabak RM2.50 satu.
A : roti bom 2 ye cik.
P : boleh...
(sedang bungkus roti bom 2)

P : balek raya tak dik tahun ni?
A : balek cik. mesty la balek. rindu kat adik beradik ngn sedara mara.
P : bagus la tu. kg kat mana?
A : kg kat pahang la pak cik.
P : kuantan ke?
A : xde la. temerloh je.
P : owh, pak cik dlu rajin g temerloh.
A : ye ke pak cik? buat apa?
P : niaga la dik. dlu pak cik niaga merata. selalu nya tanjung lumpur ngn temerloh!
A : owh, pak cik kg mana?
P: pak cik asal kuantan dik.
A : uih jauhnya sampai ke shah alam niaga.
P : pak cik da pindah sini dik. da tak nak balek kuantan.
A: ?? (pak cik ni kenapa??)
A : kenapa pak cik?
P: pak cik da xde sapa da dik. nah ni roti bom 2 . 2 inggit ye dik
(hulur 2 keping duit singgit)
P: mekasih dik.
A: sama cik. napa pak cik pindah sini?
P: pak cik da xde siapa2 dik dalam dunia ni. pak cik sorang je.
A: maksud pak cik?
P: pak cik sorang je yang tiggal atas dunia ni. da xde adik beradik, anak, isteri semua da xde.
A: diorang da xde?
P: ye, adik beradik pak cik cuma ada 2. sorang akak pak cik n last pak cik. akak pak cik meninggal masa raya 2 tahun lepas. kemalangan.
A: innalillah.
P: isteri pak cik n anak-anak pak cik pun sama.
A: meninggal.... ke.. ke. malangan?
P: ye dik. masa raya tahun lepas.
A: kat mana tu pak cik?
P: kat pahang la. masa tu pak cik dari kuantan nak ke temerloh. nak ke rumah arwah mak pak cik. nak raya kat sana. tp pak cik kemalangan kat jalan bukit tajau.
A: pak cik langgar apa masa tu?
P: pak cik elak lubang. pastu pak cik dalam xsedar depan pak cik arah tentangan ada van.
A: astaghfirullah
P: pak cik pun xingat da apa yang berlaku masa tu. tp pak cik cuma tahu pak cik da terpelanting dari kereta pak cik. sbb pak cik tak pakai tali keledar.
A: macam tu ke?, kereta tu cam mana?
(pak cik tarik nafas panjang.)

P: pak cik masa tu xleh nak jalan dik. pak cik patah kaki. pak cik niarap ke kereta pak cik yang da langgar pokok kat tepi jalan. pak cik tgok isteri pak cik da tak tergerak da. anak pak cik semua senyap.
A: minta maaf pak cik.
P: semuanya da tak da.
A: maafkan saya pak cik sebab bertanya.
P: tak apa la adik. adik masih boleh bermakna dalam dunia sbb masih ada keluarga. raya pak cik kosong. raya pak cik xde makna. aidilfitri tahun ni pak cik rasa kosong. tak ada apa yang tinggal. pak cik pindah sbb pak cik da xnak ingat semua tu. pak cik cuma boleh lawat tanah yang tertinggal untuk mereka.
A: minta maaf pak cik. saya jalan dlu la ye. maafkan saya.

(aku bersalaman dan aku terus berjalan)

terdengar pak cik masih menjerit panggil pelanggan, AAAAA, ROTI BOM, MURTABAK!!

rayanya hanya dengan diri sendiri dan kubur yang telah terpacak nisan.

hargailah raya yang masih ada.!

bersama keluarga dan anak yang kita dakapkan bersama.!


comments

Leave your footstep!!

Blogobo