ATTENTION please!!!

please LEAVE your blog's link for me walk in and follow you back at the SHOUTBOX ok.. tq a lot..
*at every post have a FACEBOOK COMMENT AVAILABLE. do leave comment there if you were not connected with blog account. its more easy.*

Demi XFM radio No.1 anda.

Demi XFM radio No.1 anda.

this blog owner by malaysian people.

this blog owner by malaysian people.

Friday, August 26, 2011

sajak untuk IBU & AYAH


ibu ayah,
kasihnya tiada tandingi,
dari kecil kasihnya tetap abadi,
walau bagaimana anakmu,
tetap dikau kasihkan,
kerana anakmu tetap anakmu,

ibu ayah,
kamu berdua cekal,
mencari rezeki membesarkan anakmu,
mendidik anakmu,
tiada cacat cela dalam mendidik,
memberi pendidikan sempurna,
agar anakmu berjaya di dunia dan akhirat.

ibu ayah,
kini ketika anakmu besar,
mengapa selalunya kita tidak sehaluan,
mengapa kita selalu berbalah,
mengapa kita selalu bermasam muka,
siapakah watak yang silap dalam drama ini,
watak manakah yang terleka,
watak penceritaan manakah yang tersilap dialog,

ibu ayah,
kekalku darah dagingmu,
kekalku keturunanmu,
kekalku ber'bin'kan nama mu,
kekal ayah sebagai nama terakhirku,
tapi adakah kasih dahulu kekal sehingga kini?

ibu ayah,
jauh lagi perjalanan hidupku,
ku perlukan sokonganmu,
ku perlukan lagi kasih dan sayangmu,
walau sudah besar diriku kau membela,
walau sudah bertahun ku berdiri di kaki sendiri,
walau sudah bertahun ku berjauhan denganmu.

ibu ayah,
kali ini pertama kali ku aidilfitri tanpa kalian,
aku tahu bebanmu terhadap adik beradik lain masih lagi ada,
aku tahu kasihmu terhadap adik beradik yang lain juga sama,
mereka juga darah dan daging sama dengan aku,
silap aku akan mereka juga terasa,
aku takkan biarkan mereka merasai kelemahan ku,
mereka berbeza watak dalam cerita kita,
cuma aku watak anak yang jauh simpang dari anak-anakmu yang lain.

ibu ayah,
akhir kata,
dalam aidilfitri yang akan datang menerajui,
tidak lama lagi,
aku mengambil keputusan,
mengundurkan diri,
beraya di negeri orang,
salamkan aku kepada adik beradik yang lain,
sampai salam aku kepada sedara mara kita semua termasuk atuk kesayangan,
aku perlukan komitmen lain untuk mencapai targetku.

salam sayang dari anakmu.


comments

Leave your footstep!!

Blogobo