bayangkan, pada setiap sudut kata-kata aku. tak sesusah yang kau sangkakan. fikirkan aku sedalam hatimu. fikirkan. jangan berhenti. fikirkan sedalamnya.
pejam mata dan amati apa yang sedang berlaku. fikirkan kebenaran kata-katamu sebelum mendengar kata-kata aku. amati segala kebenaran yang kau ada untuk membuktikan kesalahan aku. fikirkan segala buruk aku dan amati juga bayangkan kebaikan dalam kebenaran kau.
amati sehingga kebenaran sehingga kepanasan fikiran tetap mengatakan kau betul. segala kuasa kebenaran kain putihnya ada pada kau. fikirkan aku sedang berselimut dengan kain buruk cemuh dengan kesilapan dan keburukan.
amati setiap gerak geri kau yang memperbetulkan kau ke arah mengatakan aku salah. cebisan habuk pun tak akan melekat pada kain suci putihmu yang mengekalkan segala kebenaran. buruk, cemuh, keji, silap, alpa, leka, semuanya tujukan kepada aku. amati. dan terus amati.
lekakan fikiranmu, lapangkan dadamu, tegakkan kepalamu. fikirkan lagi sejauh mana kebenaran kau dalam kain putihmu. fikirkan juga kau sedang mendakap kalis peluru yang amat canggih dan aku cuma memegang secebis kertas yang penuh dengan kata-kata hinaan.
--KINI. tiba masa aku menyatakan,
bukan aku alpa, bukan aku terleka, bukan aku memain, bukan aku menyusah, bukan aku malas, bukan aku tertidur, bukan aku buruk, bukan aku keji.
aku pertahankan cinta yang kita telah lama. aku pertahankan sesuatu yang masih bukan hak. aku bukan penakut. tapi aku tetap takut akan hak itu hilang.
aku penakut dalam percintaan. aku takut akan hilangnya kamu.
CUMA!!
sibuknya aku, menguruskan keluargaku, pernahku ceritakan kepadamu. ayah aku sakit. sibuknya aku. menjaga adikku, menjaga rumahku, menjaga ibuku dan ayahku yang sedang sakit. dalam kesibukan masih juga aku berpeluang untuk bersamamu dalam gelombang moden telefon.
CUMA!!
sibuknya aku, menjaga hati saudara-maraku yang ingin berjumpa aku. nenekku, mak longku, sepupuku, anak sedaraku, pak sedara aku. sibuknya aku. pergi merantau jauh ke sempadan bentong / negeri sembilan untuk bertemu dengan darah dagingku sendiri. tak sempat untuk bersamamu lagi
CUMA!!
sibuknya aku kembali ke shah alam untuk urusan daftar masuk kembali ke ipt. sibuknya aku. menyelesaikan saman ipt, yuran ipt, modul ipt. juga tak sempat untuk bersama. waktu tidurku tah kemana kerana malam sibukku mencari rezeki untuk tampung diriku sendiri yang kurang berduit. itu kerana tak terisi telefonku dengan kredit.
CUMA!!
sibuknya aku mencari wang waktu yang tidak menyenangkan. kerana ayahku sakit. pendapatan tidak seberapa. nilai susut. jangan perikemanusiaan susut. jangan nilai percintaan susut. bukan aku benci kamu. cuma aku minta fahami aku.
CUMA!!
kau kekal dalam hati aku.
selamanya.
BEZAKAN !!
nilai putihmu tadi dengan kain buruk luarannya dalaman masih berguna. bezakan.
*maafkan aku tak sempurna!!