ATTENTION please!!!

please LEAVE your blog's link for me walk in and follow you back at the SHOUTBOX ok.. tq a lot..
*at every post have a FACEBOOK COMMENT AVAILABLE. do leave comment there if you were not connected with blog account. its more easy.*

Demi XFM radio No.1 anda.

Demi XFM radio No.1 anda.

this blog owner by malaysian people.

this blog owner by malaysian people.

Wednesday, July 4, 2012

Xfm telah turun daripada TAKHTA radio.!!



berita yang telah melanda radio xfm yang berfrekuensi hebat mereka pada 103.00 fm, telah menyatakan mereka akan beroperasi hanya online di laman web mereka di www.xfm.com.my

mulai 9 july 2012 mereka akan beroperasi 100% di layaran internet sahaja. tiada lagi perkhidmatan mereka di corong radio yg mernghiburkan lebih berjuta-juta anak muda dengan muzik malaysia.

atas alasan anak muda kini terlalu obses dengan muzik k-pop yang dibawa oleh artis korea, stesen radio xfm kini telah menurun takhta mereka terus ke belakang dengan menyiar melalui internet.

wanchords juga peminat radio xfm, jika jauh berjalan naik kereta pasti wanchords akan membuka radio xfm untuk berhibur dengan dendangan 100% muzik malaysia, biar daripada muzik indie, hip hop, underground, e.p, hardcore, jiwang, semua wanchords layan. asalkan diputarkan oleh xfm. kini xfm telah isytiharkan mereka akan turun takhta membuatkan wanchords rasa amat sedih kerana wanchords merupakan peminat setia radio xfm.

berbandingkan dengan radio lain, xfm tiada langsung iklan yang terselit. mereka terus menerus memainkan muzik dan menyelitkan beberapa nasihat dari segmen "Jangan Jadi Macam Syafiq". radio lain selain xfm banyak memainkan iklan selama 5 minit sebelum bermulanya lagu mereka.

wanchords mungkin rasa ini salah satu cara xfm protes kepada anak muda supaya jangan terlalu mengagungkan dan terlalu obses kepada lagu k-pop sehingga sanggup berbalah sesama mereka sendiri. hal ini memang pernah berlaku dan wanchords juga pernah terlibat dalam perbalahan antara peminat k-pop dengan peminat muzik malaysia.

akan tetapi, walau xfm kini telah bergerak secara underground, mari ramai-ramai, kita terus menyokong industri yang memperjuangkan muzik tanah air yang telah memperkenalkan banyak band malaysia di mata dunia. jangan lupa, xfm lah yang bertanggungjawab dalammempopularkan "hujan, bunkface, love me butch, meet uncle hussien, azlan and the typewriter, pesawat, they will kill us all, ssk, one buck short,.. n etc"

jadi berbaloikah kita tidak menyokong radio yang menaikkan band malaysia dan industri muzik malaysia sendiri? berbeza dengan radio lain, mereka akan memutarkan lagu yang sudah lama popular di xfm dan telah dianggap basi. lihat betapa jauh ketinggalannya radio lain daripada xfm yang telah lama nampak akan potensi untuk menaikkan muzik malaysia. dan sedarlah, tiada lagi yang akan menghiburkan anda dengan 100% muzik malaysia kecuali hanya XFM.

di xfm adalah tempat naiknya band yang baru ditubuh, dan mereka akan menyiapkan e.p secepat mungkin untuk dihantarkan kepada xfm dan bakal dipopularkan oleh xfm. sekarang mereka sedang menaikkan lagu band "drama - cerita dia". dengarlah bertapa hebatnya potensi xfm dalam memartabatkan muzik malaysia.

jadi mari kita terus menyokong radio XFM dan desak mereka untuk terus menghiburkan kita di radio.!!

XFM tolong terus kekal di radio !!!

Selitan sekejap!!

Drama - Cerita Dia

comments

Leave your footstep!!

Blogobo