ATTENTION please!!!

please LEAVE your blog's link for me walk in and follow you back at the SHOUTBOX ok.. tq a lot..
*at every post have a FACEBOOK COMMENT AVAILABLE. do leave comment there if you were not connected with blog account. its more easy.*

Demi XFM radio No.1 anda.

Demi XFM radio No.1 anda.

this blog owner by malaysian people.

this blog owner by malaysian people.

Friday, July 13, 2012

Lukas Podolski and Olivier Giroud


podolski pemain bintang jerman yang berkelahiran poland telah sah jadi milik arsenal dengan perjanjian kontrak selama 4 tahun di Arsenal. dan kini telah menerima habuan 7 juta euro setahun.

podolski yang asalnya bermain untuk FC Koln telah mengalami masalah tidak sehaluan dengan pengurus pasukan itu, lantas arsene wenger yang memantau podolski sekian lama telah bersetuju untuk membida pemain itu dengan 8 juta euro. namun FC Koln meletakkan syarat dengan melepaskan podolski atas harga 14 juta euro. lantas arsene wenger dan pihak pengurusan Arsenal telah bersetuju untuk membayar harga itu. lantas itu, podolski sah milik arsenal. akan tetapi, podolski meletakkan syaratnya tersendiri dengan menyatakan bahawa arsene wenger perlu menjanjikan tempatnya dalam skuad arsenal.

dengan kehadiran podolski, rakan sepasukannya, per mertesacker ,  amat teruja untuk teruskan kariernya bersama arsenal. kerana podolski dengan per mertesacker amat rapat dalam pasukan jerman.

akhirnya, pemain bintang baru jadi milik arsenal.


olivier giroud adalah pemain perancis yang diintai oleh arsene wenger sejak sekian lama dan menjadi buruan terkuat arsene wenger kerana pada musim lepas, giroud adalah pemain yang paling bertanggungjawab dalam memastikan pasukan montpellier menjadi juara liga 1 perancis. arsenal telah melanggar cara mengurus jual beli kerana membeli giroud yang terlampau mahal. sebelum ini, arsene wenger membeli pemain yang bertaraf biasa dengan membida harga yang rendah dan murah.

akan tetapi, arsene kini membuak-buak untuk mendapatkan giroud dan membayar sejumlah wang berharga 70 juta euro hanya untuk mendapatkan giroud. cuma yang perlu diingatkan jangan terlalu overrated untuk giroud kerana sebelum ini beliau bermain untuk liga 1 perancis. bukan liga sepanyol mahupun jerman.

kini, setelah pemergian fabregas, nasri, clichy, pada awal musim 2011/2012, wenger telah menggunakan khidmat baru chamakh, park, koscielny, per mertesacker, andre santos, mikel arteta, dan yossi benayoun (pinjaman 1 musim), mereka telah menamatkan saingan di tempat yang ketiga ketika musim itu mereka jatuh merudum pada awal musim.

kini dengan kehadiran giroud, dan podolski, kemungkinan arsenal telah berada di landasan yang terbaik untuk memburu gelaran juara pada musim 2012/2013 kali ini.

juga dengan jack wilshere yang baru pulih, keyakinan kepada ryo miyachi yang telah menunjukkan kematangan dalam permainan bola sepak, kieran gibbs yang telah kembali pulih juga dalam skuad dan telah menjaringkan gol, andre santos yang juga telah sihat daripada kecederaan, arsenal mungkin akan menjadi satu pasukan yang digeruni.

kita lihat predator arsenal dan sprint ryo + walcott, juga midfielder yang pakar mikel arteta, alex song, jack wilshere. arsenal kini akan membara!!
comments

Leave your footstep!!

Blogobo